But on 28th, the signal come... Iza dah cakap " Abangggggg.. Iza dah tak leh tahan dah ..." Memikirkan dah satu hari overdue, Aku pun dok pikir.. Tak leh ke dia tahan sampai 31st?? Aku mula mula buat derk ajer... Tapi .. dok pikir.. nanti kalau dia dah sakit teruk sangat... Dia tak lej jalan?? aku nak buat cam ner?? Nak order GOndola angkat pun belum booking lagi.. Hehehehe..
So, I got no choice.. Terpaksa.. lah tunggu contraction dia behenti .. baru start bergerak ke kereta.. KOrang kalau tak tahu apa itu contraction?? Contraction itu .. dari layman term .. Contract. BUkan contract agreement lah .. Contract and expand lah .. Dia macam .. perut kecut mengecut gitu .. Macam kena urut urut .. agak nyalah .. mana aku tahu?? Perut aku ajer buncit.. tapi tak de contraction pun ...
Sampai ke Hospital KKH ( Kandang Kerbau Hospital Singapore ) Tak tahu lah kenaper nama hospital tu cam tu?? Sampai agaknya dalam kul 3pm. Nasib aku pun baik lah .. tiba tiba.. Iza gi bilik air.. cakap dia dah tumpah darah dah .. Terus Nurse cakap .. " OK Mr Haime, We have to admit your wife to the labour ward" Dia terus masuk ward labour.
Ni Gambar sebenar Delivery Suite dia.
Terus kena masuk Labour ward no 32
Dalam labour room .. berdentum dentum jantung aku .. risau juga.. Siapa tak risau kan isteri kita bila dia dah dalam kesakitan ... Doctor ada offer tiga obat untuk kurang kan sakit.. ni lah kalau korang nak tahu
1) Gas. Dah memang ada kat tepi katil . BIla rasa sakit.. sedut ajer gas itu dari mask dia. Dia akan kurang kan kesakitan kerana dia akan menghayalkan pesakit itu .. Tapi untuk suami suami jgn lah gatal gatal nak try ok?? MErbahaya.. nak tahu kenaper?? Saya try . terus.. tertidur.. Hahahahahaha....
2) Pentadine. Yang ni pulak lain sikit.. dia akan disuntik kepada pesakit.. Dia akan mengurang kan kesakitan lebih baik dari gas.. tapi . tak lama.. leh tahan dalam 1 - 3 jam ajer memandangkan kepada badan si pesakit.
3) Epidural. Yang ni obat yang paling terbaik. Tapi mahal gila.. "sekali" ajer obat disuntik harga leh jejak $S490/- Tapi suntikan nya akan di suntik ke spinal cord si pesakit. Jadi kesakitan tak rasa lagi dari punggung ke kaki. Punggung ke kaki akan rasa sebal . Tapi tetap leh rasa bila dipegang.
Tadi aku dah cakap, doktor offer .. nak ubatan camner?? Iza pun cam Hero lah cakap .. Tak per.. saya gunakan gas ajer. Nak beranak cam biasa. DOktor pun tak leh buat apa2.. cakap ok lah .. kalau itu kemahuan awak . Tapi kalau awak hendak gunakan epidural.. BEritahu awal2.. kalau lewat tak sempat nak suntik lagi.
Dari kul 4 - 8. Iza dah tak leh tahan dah .. Setiap kali ECG reading menunjukkan kesakitan dah sampai. Aku kesian lah tengok dia cam tu . Apa nak buat?? aku leh kasik semangat ajer. dah tangan dan badan untuk di genggam sampai biru dan bengkak.. Hahahaha..
Ha ni ecg reading dia. Yang atas tu denyutan baby. dan yang bawah tu kesakitan Iza. Setiap satu kotak = 10 saat. Bila ECG reading tu tunjuk dia naik, itu maknanya.. IZa dalam kesakitan.. tak leh tipu tipu.... Kalau dia naik.. itu makna sakit lah tu. Perkhatikan reading tu betul betul. Kiraan dari bawah ke atas 0 - 110 adalah measurement kesakitan. Yang paling tinggi kat gambar tu = 55 ajer.. Iza dah tak leh tahan cam orang gila.. Nanti kau tengok apa jadi ...
Dah sampai kul 8.30 malam . Cervix Iza cuma bukak 2cm ajer.. kalau dah ready nak kena sampai 10cm. Jadi iza terpaksa kena tunggu . Air Ketuban dah pun pecah dah . Iza masih lagi dalam kesakitan.. Dah hampir 4 jam dia cuba control Macho... Akhirnya.. dia angkat Flag putih... Dia surrender.. macam Jepun surrender masa perang dunia ke dua tu .. hehehe .. Dia cakap dia tak leh tahan lagi .. Terus aku panggil lah doktor.. Terus dorang siapkan bahan bahan untuk suntikan epidural tu .. Process nya sekejap ajer.. hanya about 8 - 14 minutes ajer.
Dan siap suntikan epidural dimasukan, dengan serta merta.. iza pun relax... dah leh senyum dah .. dia cakap dah tak sakit dah .. Tapi bila aku tengok ecg .. ha ni macam .. korang tengok lah sendiri..
Ha. Tengok .ecg dia.. naik lagi tinggi dari tadi .. kalau tadi baru 4 - 5 dah terpekik pekik .. ni kali dah sampai ke level 8 dah .. ada jugak yang jejak level 10 .. Tapi nasib baik Iza tak rasa sakit dah .. Lagi pun aku risau kalau iza dok tahan kesakitan lama2.. Nanti bila masa baby nak keluar lak .. Aku takut iza dah give up dan penat dah .. Jadi nasib baik dia pilih gunakan epidural.
Sampai kul 4 pagi, Cervix iza dah bukak dah 8 - 10 cm. Midwife nurse pun suruh lah dia mulakan pushing pushing.. ( Teran teran.. ) Kesian aku tengok dia.. tiba tiba terdapat maslah baru lak .. Didapati baby kira serong.. Doktor cakap, selalu nya baby kalau keluar.. dia akan memandang ke bawah atau tiarap. Tapi baby iza sekarang dalam keadaan memandang ke langit.
Dalam Jam 4 - 6 ada juga masanya.. ECG tunjukan bahawa baby dalam kecemasan. Baby stress kerana dah terlalu lama dalam womb sangkut nak keluar. Denyutan baby ada tak stable...
Nampak denyutan baby dalam keadaan stress ni. Semua risau ..... Terpaksa suruh iza cepat kan pushing pushing dia tu .. Kalau tak terpaksa.. kena operate...
Aku apa lagi?? .. Cakap " Iza!!! .. you baik tekan betul betul .. jangan tekan dari hidung.. nanti baik dia boleh keluar melalui pintu kena lak kuar dari tingkap. Iza mati mati tak mahu keluar dari tingkap.. terpaksa lah dia focus betul betul.. pushing pushing dia tu ...
Dari pukul 4 - 6.. akhirnya... 7am ... dah kelihatan kepala baby timbul....... itu pun sikit jer..... Doctor, Nurse sampai 4 orang datang tolong termasuk aku pun tolong iza.. Nurse nurse lain kasik semangat kepada iza untuk teran betul betul. DOktor sampai terpaksa.. tekan perut IZa untuk tolong baby keluar.... Kepala baby dah keluar setengah jalan dah ... mata pun belum timbul timbul lagi .. dia stuck dalam position cam tu agaknya selama 1 jam..
Genap kul 7.30am .. Baby dah dapat keluar kepala nya.. aku leh nampak matanya terkebil-kebil... Doktor pun tarik lah baby keluar.... YahOoOOOo baby Keluar DAH!!!!!!! BIla baby keluar ajer.. doktor pun kasik iza rasa baby di tangan iza yang terbaring.. Pilu nampak Iza cakap ... "Oh!! My baby" sambil berlinang air mata nya......
Tetapi!!!, Tetapi!!!!!, Saya pun tak sedar.. tiba tiba terdengar speaker announcement.. Memanggil semua doktor ke bilik 32 ada kecemasan. Doktor peribadi iza terus rampas baby tu dan bawak ke incubator.. Huh?? Bilik 32?? Itu bilik aku tu .. Kenaper ni??? Dengan sekajap, ada hampir 8 - 9 doktor lain datang.. nurse agaknya 6 - 7 ... Anak ku tak bernafas...tapi masih ada lagi denyutan jantung. Baby telah lemas kerana terlalu lama tersangkut tadi dan dah tertelan air kotor.
Itu lah Midwife Senior Nurse NurHuda yang menolong Iza. Ini lah dia situasi masa kecemasan itu. Saya pun panic ... Tapi action cool ajer.. Iza.. terlalu confused tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Saya pun tak mo kasik dia risau...